Popular Posts

Sunday, June 17, 2012

Jangan Lombok

Have a good day, Sunday!

Just wanna share with you guys, sejak kahwin ni memang semangat je nak masak tau. Eventho I tak suke masak, selalu kena bebel dengan mak sebab tak reti masak. Huhuhu.. Betul cakap orang, minat untuk masak tu akan datang sendiri.

Ok, since I ni kan anak orang jawa. I membesar dengan makanan dan lauk-lauk jawa. I am so proud of it! My hubby pon pandai makan makanan orang jawa. Especially, tuh, as stated on the entry title :) For those who don't know, Jangan Lombok (dalam bahasa Melayu = Sambal Goreng) ni adalah makanan tradisi orang jawa, especially kat kampung I. Every Jangan Lombok is different depending their origin. Okay, today, I want to show you how Jangan Lombok is cooked. Yang I bagi ni adalah sesuai untuk (6-10 orang). Mesti mak bangga kan kan kan??

Bahan-bahan yang perlu ada adalah:-
1. 2 biji bawang besar
2. 5 biji bawang kecil
3. 5 ulas bawang putih
4. 5 biji cili hijau & 5 biji cili merah (jenis cili besar)
5. 2 keping tempe
6. 5 keping tauhu
7. 1/2 kg udang (saiz udang adalah sesuka hati)
8. Sengenggam ikan bilis
9. Sedikit belacan
10. Sedikit asam jawa
11. Suun
12. Santan
13. Kentang (optional)

Cara penyediaan bahan:-
1. Bawang besar, bawang kecil dan bawang putih dihiris

2. Tauhu dan tempe dipotong kecil-kecil dan digoreng

3. Ikan bilis ditumbuk (jangan sampai hancur)
4. Belacan dan asam jawa digaul dengan sedikit air
5. Kentang dipotong kecil-kecil

6. Udang disiang
7. Cili dihiris

Cara memasak:-
1. Panaskan kuali dan masuk sedikit minyak
2. Tumis bawang besar, kecil dan putih sampai layu dan kemudian masukkan cili hijau dan cili merah
3. Masukkan ikan bilis dan udang
4. Masukkan air asam jawa yang dicampur dengan sedikit belacan dan seterusnya masukkan santan
5. Tunggu hingga mendidih, masukkan tempe, tauhu dan suun dan letakkan garam secukup rasa
6. Siap untuk dihidang

Dan inilah Jangan Lombok yang berjaya saya buat! Siap dapat offer tempahan lagik =) All readers, selamat mecuba :)



No comments: